comscore
Tumpuan :
Nasional

Terima rasuah RM300,000, SPRM tahan CEO anak syarikat GLC 

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Penahanan itu berikutan suspek menggunakan kedudukannya untuk melantik sebuah syarikat mengubah suai gudang dan bekalan perabut bernilai kira-kira RM1.9 juta sedangkan pembekalan serta pengubahsuaian itu tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi.

Sumber berkata, suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Suspek dipercayai menggunakan nama sebuah syarikat lain sedangkan kontraktor sebenar adalah syarikat milik suspek sendiri.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek tidak membekalkan perabut dan pengubahsuaian gudang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.

“Selain itu sejumlah wang kira-kira RM300,000 telah dikesan dimasukkan ke dalam akaun suspek,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek telah dilepaskan dengan jaminan seorang penjamin sebanyak RM50,000 selepas keterangannya direkodkan.

Loading...
Terkini