Tumpuan :
Nasional

‘Terima kasih doakan kesihatan ayah saya’

KUALA LUMPUR: Anak kepada seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjadi mangsa dipukul beberapa individu di pasar tani Chukai, Kemaman, Terengganu, Jumaat lalu, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya.

Menerusi satu hantaran tular di TikTok, pemilik akaun @nrulfrhana._ memaklumkan bahawa bapanya kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ayah saya dan menawarkan bantuan kepada keluarga kami. Kami amat menghargainya.

“Ayah kini berada di hospital di Terengganu untuk menerima rawatan. Sekali lagi, terima kasih,” tulisnya.

@nrulfrhana._♬ original sound – Ros Aishah

Hantaran itu mendapat perhatian jutaan pengguna TikTok yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa bapanya.

Rata-rata warganet turut melahirkan kebimbangan mengenai keadaan mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

“Rehatlah, Ayah. Dunia terlalu kejam untukmu,” luahnya dalam salah satu hantaran.

Semalam, Buletin TV3 melaporkan bahawa polis telah menahan tiga lelaki berhubung kejadian tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, berkata suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada jam 8 malam, Sabtu.

“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas kejadian itu, Wan Muhammad memaklumkan, mangsa yang berusia 47 tahun dipercayai memasuki kawasan tapak jualan pasar tani dengan motosikal sebelum insiden berlaku.

“Terdapat video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan mangsa dipukul beberapa individu sehingga mengalami kecederaan. Kita telah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini