comscore
Tumpuan :
Nasional

Tergelincir dari belakang lori, pekerja pembersihan maut dirempuh kereta

Mangsa, Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahagian badan.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

BESUT: Seorang pekerja pembersihan maut selepas tergelincir daripada belakang lori sampah sebelum dirempuh sebuah kereta.

Kejadian berlaku di Kampung Jab, kira-kira jam 8.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad mengesahkan kejadian.

Menurutnya, sejurus menerima laporan pihaknya ke lokasi kejadian.

Mangsa maut dikenali sebagai Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, dipercayai berdiri di bahagian belakang lori sampah dan telah tergelincir lalu terjatuh ke atas sebuah kereta Proton Saga dipandu oleh seorang guru taska yang dalam perjalanan dari Kampung Apal ke Pasar Jabi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahagian badan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini