comscore
Tumpuan :
Nasional

Terengganu siap siaga hadapi banjir

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.-Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bersedia berdepan musibah banjir yang dijangka melanda negeri itu susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal tiba tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata satu mesyuarat diadakan oleh pihak berkuasa negeri baru-baru ini sebagai persediaan menghadapi bencana berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga mendapat taklimat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi mesyuarat itu.

“Ia termasuk bilakah jangkaan MTL akan sampai dan kemungkinan yang boleh berlaku.
Insya-Allah kita bersedia. Setiap tahun kita sentiasa berdepan perkara yang sama,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Berkuasa Tempatan negeri Terengganu Penggal 2024-2026 di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri Hanafiah Mat dilaporkan berkata sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi MTL yang dijangka bermula bulan depan termasuk RM2.2 juta peruntukan disalurkan kerajaan pusat bagi pembelian pelbagai barangan keperluan dan makanan mangsa banjir.

Setakat ini, Kedah menjadi satu-satunya negeri yang masih dilanda banjir dengan seramai 633 orang mangsa daripada 212 keluarga mangsa masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini