comscore
Tumpuan :
Nasional

Tentera rejim Israel mula pam air laut ke dalam terowong Hamas

Anggota tentera Israel memeriksa terowong yang dikatakan dibina pejuang Hamas, di bawah hospital Al Shifa di utara Semenanjung Gaza. – Foto REUTERS

WASHINGTON: Tentera Israel  mula mengepam air laut ke dalam terowong Hamas di Gaza, lapor Wall Street Journal dan ABC News, semalam.

WSJ yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) melaporkan, proses itu mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Manakala, ABC News pula melaporkan situasi terbabit berkemungkinan terhad memandangkan Israel sendiri meragui keberkesanan strategi berkenaan.

Setakat ini, tidak komen daripada pihak tentera Israel  mengenai laporan itu, malah jurucakap Kementerian Pertahanan Israel juga tidak menjawab permintaan untuk mengulas.

WSJ turut melaporkan, beberapa pegawai pentadbiran Joe Biden  berkata, proses itu boleh membantu memusnahkan terowong yang kononnya menjadi tempat  kumpulan pejuang Hamas menyembunyikan tebusan, pejuang dan peluru.

Sebelum ini, Israel dilaporkan memasang sistem pam besar yang mungkin digunakan untuk membanjiri terowong Hamas di Semenanjung Gaza dengan air laut.

Bulan lalu, tentera Israel menyediakan sekurang-kurangnya lima pam, kita-kira 0.4 kilometer (km) di utara kem pelarian Al-Shati.

Difahamkan, ia boleh menyalurkan ribuan meter padu air sejam dan membanjiri keseluruhan rangkaian terowong dalam beberapa minggu.

Hamas sebelum ini dilapor berkata ia menyembunyikan tebusan di ‘tempat selamat dan terowong’. – REUTERS

Loading...
Terkini