comscore
Tumpuan :
Nasional

Tengku Mahkota Kelantan kongsi gambar anak sulung

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra berkenan berkongsi gambar anakanda sulung mereka, Johan.

Kesemua gambar dimuat naik di laman Instagram Che Puan Sofie dua minggu selepas kelahiran Johan.

Ia sempena majlis aqiqah untuk Johan yang diadakan di Istana Kota Lama pada 30 Julai lalu.

“Hari ini kami mengadakan aqiqah untuk Johan. Kebiasaannya aqiqah diadakan pada hari ketujuh atau 14 selepas kelahiran,’ kata Che Puan Sofie dalam Instagram itu.

Kebanyakan gambar itu menunjukkan Johan sedang tidur lena dan pada sebahagian gambar yang lain menunjukkan Johan sedang berehat di atas tempat tidurnya.

Turut hadir dalam majlis itu, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Johan lahir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Keriang pada 17 Julai lalu.

Ibunya, Che Puan Sofie dianugerahkan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan tahun lalu selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memasyhurkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.

Tengku Mahkota Kelantan dan isterinya yang berasal dari Sweden bernikah pada 19 April 2019.

Loading...
Terkini