comscore
Tumpuan :
Nasional

Tengku Hassanal adakan mesyuarat dua hala dengan Putera Mahkota UAE

FOTO: Facebook: Xclusive News

ABU DHABI: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan semasa lawatan baginda ke UAE awal minggu ini.

Mesyuarat diadakan pada Isnin di pejabat Sheikh Khaled yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), perbincangan itu membabitkan hubungan rapat Malaysia dan UAE serta peluang bagi kerjasama merentasi bidang kepentingan bersama untuk rakyat kedua-dua negara.

FOTO: Facebook Xclusive News

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Saif Saeed Ghobash dan Mansour Al Dhaheri.

Mei lepas, Sheikh Khaled membuat lawatan khas selama empat hari ke Malaysia.

UAE ialah rakan dagang serta destinasi eksport dan import kedua terbesar Malaysia bagi di rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dan UAE meningkat 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion daripada RM22.33 bilion tahun sebelumnya.

Loading...
Terkini