comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua aplikasi mudah alih diterbitkan di puncak Gunung Kinabalu

Kejayaan Katrina mencerminkan semangat juang dan kebolehan teknologi dalam bidang pembangunan aplikasi.

RANAU: Seorang tenaga pengajar aplikasi mudah alih melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya menerbitkan dua aplikasi mudah alih dari atas puncak Gunung Kinabalu.

Kartina Abdul Ghani, 53, dalam satu kenyataan berkata, aplikasi ‘Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah’ itu berjaya diterbitkan di perkhidmatan pengedaran digital.

Usaha luar biasa ibu tunggal kepada lima orang itu sekaligus mencerminkan semangat juang dan kebolehan teknologi dalam bidang pembangunan aplikasi.

Katrina yang bekerja di sebuah akademi di syarikat perisian memulakan pendakian pertamanya pada 15 Oktober lalu sebelum berjaya tiba ke puncak pada hari kelima.

Dalam ekspedisi yang cukup mencabar itu, Katrina turut merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali sehingga 9 November depan bagi menerbitkan sembilan lagi aplikasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini