comscore
Tumpuan :
Nasional

Tempah juadah berbuka guna foodpanda, bantu keluarga kurang berkemampuan

Gunakan kod DERMA untuk membantu keluarga yang memerlukan. – FOTO foodpanda

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

UMAT Islam digalakkan untuk berbakti kepada masyarakat seperti bersedekah dan memberi makan golongan yang memerlukan ketika bulan Ramadan.

Bersedekah bukan sahaja memperkukuh nilai belas kasihan, malah mewujudkan rasa empati, kemurahan hati dan perpaduan masyarakat, di samping memperoleh ganjaran rohani.

Bagi memudahkan anda berbakti kepada masyarakat dan bersedekah, syarikat penghantaran makanan, foodpanda dengan kerjasama Coca-Cola Malaysia dan Viu tampil dengan kod unik untuk kegunaan pengguna di aplikasi foodpanda.

Sempena Ramadan kali ini, tempah juadah berbuka anda di aplikasi foodpanda dengan pembelian minimum RM20 untuk menikmati diskaun RM1 dengan kod DERMA.

Sebanyak RM1 akan didermakan kepada yang memerlukan untuk setiap kod DERMA yang digunakan.

Manakala, pembelian makanan bersama produk Coca-Cola Malaysia menggandakan sumbangan kepada RM2.

Ia kemudian akan didermakan dalam bentuk bakul makanan bernilai RM50 menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction.

MyFundAction adalah NGO tempatan yang menumpukan kepada keselamatan makanan, akses pendidikan, kursus keusahawanan dan kesihatan.

Gunakan kod DERMA bagi membantu foodpanda mencapai matlamat untuk menderma dan mengedarkan lebih daripada 5,000 bakul makanan buat keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Tempah makanan anda sekarang dengan kod DERMA di aplikasi foodpanda bermula 11 Mac hingga 9 April 2024.

Loading...
Terkini