comscore
Tumpuan :
Nasional

Tembakan di KLIA: Kereta digunakan suspek bukan didaftar atas namanya

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kereta Honda City dinaiki suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam dibeli secara kaedah sambung bayar.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kereta berwarna putih terbabit dibeli suspek daripada seorang individu.

“Sebab itu kenderaan terbabit bukan didaftarkan atas nama suspek (sebaliknya nama pemilik asal itu) kerana dibeli secara sambung bayar.

“Dalam masa sama, kita juga sudah merakam keterangan saksi termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, usaha mengesan suspek yang dipercayai masih berada di dalam negara sedang giat dijalankan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis juga sudah mengenal pasti kenderaan dinaiki suspek dengan nombor pendaftaran WXU5666.

Hasil maklumat dan risikan, pihak polis percaya suspek melarikan diri ke arah utara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini