comscore
Tumpuan :
Nasional

Teknologi terkini yang diketengahkan syarikat UAE perlu dimanfaatkan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

DUBAI: Penggunaan teknologi inovatif seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat terkemuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk NAFFCO perlu dimanfaatkan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, teknologi itu berpotensi memperkukuh sistem pengurusan bencana negara sekali gus meningkatkan keupayaan Malaysia menangani cabaran semasa.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri melawat NAFFCO, sebuah peneraju global dalam bidang keselamatan dan perlindungan yang telah mengembangkan sayapnya ke lebih 100 negara, sebagai antara agenda lawatan kerja beliau ke UAE yang berakhir hari ini.

Beliau diberikan taklimat oleh pengurusan tertinggi NAFFCO mengenai perjalanan operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum dibawa melawat kilang syarikat tersebut bersama delegasi.

Katanya usaha mempelajari teknologi terkini serta pertukaran pengetahuan amat penting, terutama ketika negara bersiap siaga menghadapi risiko global seperti bencana yang dipengaruhi perubahan iklim.

“Kepakaran dan komitmen NAFFCO sejajar dengan misi kita untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar. Dengan meneroka peluang kerjasama, kita dapat memperkukuh kesiapsiagaan bencana, memperkasakan barisan penyelamat dan memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, usaha mempelajari teknologi terkini serta pertukaran pengetahuan amat penting, terutama ketika negara bersiap siaga menghadapi risiko global seperti bencana yang dipengaruhi perubahan iklim.

“Bersama, kita mampu membina masa depan yang lebih selamat, lestari dan berdaya tahan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini