
Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Malaysia telah membangunkan rangka kerja yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan meletakkan teknologi berkenaan sebagai keutamaan strategik negara.
“Kecerdasan buatan (AI) telah menjadi asas kepada inovasi, mengubah industri, mentransformasikan ekonomi, dan mendefinisikan semula masyarakat. Malaysia komited untuk berada di barisan hadapan revolusi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Forum AI Pan Pasifik Malaysia di ibu negara, semalam.
Tambahnya, meskipun teknologi merupakan pemacu kemajuan namun modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.
Jelas Fadillah, Malaysia telah sekian lama menjadi destinasi pilihan bagi pelabur antarabangsa dan kerajaan komited untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai hab pelaburan global.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.