comscore
Tumpuan :
Nasional

Tekad Ikon Wanita martabat kaum hawa

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Dinobatkan sebagai Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 bukan alasan buat Dr Sh. Marzety Aadibah Al Sayed Mohamad mendabik dada.

Sebaliknya, usahawan itu mahu menggunakan masa yang ada memperkasakan golongan wanita di negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Komuniti di salah sebuah universiti di Pantai Timur menganggap anugerah itu sebagai amanah untuk memartabat kaum hawa.

Anak jati Air Deras, Bukit Payung, Terengganu itu ketika dihubungi Buletin TV3 berkata apa yang dilakukan untuk memberi inspirasi bukan perkara baharu, sebaliknya sudah dilakukan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Setiap minggu kita akan panggil kumpulan wanita ini datang untuk mendengar seminar percuma serta beberapa aktiviti penting untuk tingkatkan ekonomi golongan berkenaan ketika mereka berada dengan kita,

“Masa itu kita akan ambil peluang buka minda, beri cadangan sebagai inspirasi dalam menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan serta kita ajar mereka mengenai kesihatan mental,”katanya.

Dalam setiap perjuangan memartabatkan wanita, Sh. Marzety berkata dia sering mengumpamakan perjalanan seorang wanita itu sebagai bunga mawar.

Malah mengingatkan wanita di luar sana supaya tidak berputus asa dan menjadikan bunga mawar sebagai inspirasi.

Meskipun dipandang indah, di sebalik kecantikan dan keharuman itu tersimpan duri.

Justeru, beliau sangat bersyukur dengan kemenangan itu kerana dapat meneruskan program khidmat masyarakat yang dilakukan selama ini dengan komuniti yang lebih besar.

“Alhamdulillah, selepas terbabit dengan wanita ikon ini, hala tujunya sama seperti yang saya lakukan ketika menjadi ahli perniagaan.

“Jadi, saya dapat kembangkan apa yang saya ada ini dengan lebih banyak wanita di luar sana,”katanya.

Tekadnya pada masa depan menumpukan kepada perubahan minda wanita dalam melakukan sesuatu tindakan.

“Kita perlukan perubahan dari segi cara berfikir, kerana setiap tindakan dan tingkah laku kita ini sebenarnya bermula dengan cara kita berfikir.

“Itu sepatutnya diubah, supaya fikiran menjadi lebih positif, seterusnya membuahkan tindakan lebih baik dan mengubah seseorang itu ke arah yang lebih baik,”katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini