comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Teater ‘Kerana Percayakan Siti’ rungkai isu wanita


Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Teater kompilasi ‘Kerana Percayakan Siti’ yang mengangkat isu berkaitan wanita bakal dipentaskan Oktober ini.

Karya pengarah berbakat, Afiza Asram itu merungkai kisah-kisah wanita daripada pelbagai perspektif dari masa lalu sehingga kini.

Afiza berkata, teater kompilasi ini mempersembahkan tiga karya berbeza iaitu Sabalik Baju, Perempuan Perang dan Terang Malam yang kesemuanya mengisahkan perjalanan hidup wanita.

“Watak utama teater ini semua dimainkan oleh wanita, di situ kami cuba mengetengahkan permasalahan wanita dan maca mana kita nak selesaikannya.

“Paling penting kita mahu memperkasakan wanita itu sendiri  terutama dalam menyuarakan hak dan kekuatan mereka.

“Justeru sebagai  aktivis seni saya memilih untuk menyuarakan isu isu ini melalui pementasan yang akan dibuat supaya menjadi contoh kepada merea di luar sana,” katanya.

Antara pelakon yang terlibat dalam pementasan berkenaan Nadia Brian, Farah Ahmad, D’Boy Hamdan dan Firdaus Karim selain Swarna Naidu serta Anwar Rusdini

Turut menjayakan pementasan teater ‘Kerana Percayakan Siti’, Sharifah Sofia yang mengakui berdepan cabaran luar biasa.

“Menghasfal skrip dalam teater memang lain daripada kaca tv dan filem.

“Saya perlu mengingati skrip yang panjang, tapi saya sahut cabaran ini meskipun sudah 10 tahun tidak aktif dalam pementasan teater,”katanya.

Pementasan teater ini akan berlangsung pada 4 hingga 6 Oktober 2024 di Petaling Jaya.

Ia turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini