Tumpuan :
Nasional

TDM mulakan siasatan terhadap dakwaan pukul anggota di Kem Rasah

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima laporan berhubung dakwaan kes pukul melibatkan seorang anggota yang bertugas di Kem Rasah Seremban, Negeri Sembilan, Jumaat lepas.

Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku terhadap mangsa berumur 22 tahun, dari Sungai Petani, Kedah itu.

“Saya baru dimaklumkan tentang perkara ini.
Perkara masih dalam siasatan awal,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, tular di beberapa media sosial satu laporan polis serta beberapa keping gambar memaparkan kesan lebam pada bahagian belakang bahu dan siku mangsa.

Mangsa dilaporkan bertindak melarikan diri ke kampung keluarganya di Sungai Petani kerana tidak tahan dipukul oleh penyelianya.

Mangsa mengadu perkara itu kepada keluarga sebelum abang kembarnya membuat laporan polis atas faktor keselamatan mangsa. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini