comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tayar ‘terbang’ hentam penunggang motosikal 

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal hampir menemui ajal selepas sebiji tayar lori menghentamnya ketika berada di atas jalan raya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.46 pagi semalam itu difahamkan berlaku di persimpangan Taman Bukit Seputeh berhampiran pusat beli-belah Mid Valley.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Kemalangan itu dirakam kamera papan pemuka (dashcam) milik seorang pemandu.

Menurut pemilik dashcam, Mohd Zulhelmie Zullifan, katanya dia dan pemandu lori itu telah membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

“Semalam kira-kira jam11.46 pagi saya berada di belakang motosikal itu, manakala lori itu pula berada di depan. Tiba-tiba tayar depan lori itu tercabut dan melambung lalu menghentam pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Kemudian, tayar itu terus menghentam pemandu motor itu, dan dia jatuh. Tayar tu pula naik atas bonet kereta saya.

“Saya tengok penunggang motosikal itu dah terbaring, jadi saya berhenti di hadapan sedikit dan patah balik untuk tengok dia.

Menurutnya, kejadian ngeri itu menyebabkan dia berasa takut dan bimbangkan keselamatan penunggang motosikal itu.

“Saya memang cemas, sebab takut terlanggar dia, tapi bila dah elak dia, takut pulak sebab tayar tu naik atas kereta saya.

“Tapi lepas parking tepi tu, saya risaukan penunggang tu, sebab kita nampak hentaman tu depan mata. Nampak teruk.” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Katanya, dia terus menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan.

“Masa saya call nombor kecemasan tu, dia dah pesan jangan bagi mangsa bergerak terlalu banyak. Tapi dia (mangsa) nak juga bangun.

“Dia kemudian minta carikan kaca mata dia, mujur kami jumpa di atas jalan.

Katanya, mangsa selamat, namun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Ketika first responder dari DBKL sampai dah periksa dia, katanya lukanya tidak teruk.

“Kami lihat pun dia tiada pendarahan yang teruk, cuma sedikit luka di kepala.

“Telefon bimbit dia ada, tetapi kami tidak boleh hubungi keluarga kerana telefon dia sudah tidak boleh nak on.

“Jadi lepas kira-kira 45 minit, ambulans pun sampai dan bawa dia ke hospital. Saya dan pemandu lori ke balai polis untuk buat laporan polis.

Terdahulu tular di media sosial, seorang penunggang motosikal yang dihentam sebuah tayar dipercayai milik kenderaan berat yang tiba-tiba melayang ke arah penunggang motosikal tersebut yang berada di lorong tengah.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak di atas jalan raya dan motosikalnya berpusing beberapa kali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini