comscore
Tumpuan :
Nasional

Tayar kereta kena curi di tempat letak kenderaan berbayar

Foto tular

LUMUT: Polis memburu suspek curi tayar kereta di tempat letak kenderaan berbayar di sebuah pulau persendirian, di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, ketika kejadian, mangsa berada di Pulau Pangkor dan hanya menyedari kehilangan tayar keretanya selepas diberitahu rakan melalui panggilan telefon pada 3 petang kelmarin.

Menurutnya, mangsa yang kerugian RM2,000 akibat dua tayar Honda City dicuri, membuat laporan polis pada jam 7.30 malam hari kejadian.

“Pengadu meninggalkan keretanya di tempat letak kenderaan terbabit sejak 14 November lalu dan polis sedang giat mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hasbullah berkata, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Roswani Mohd Desa di talian 011-55042061 atau Bilik Gerakan IPD Manjung 05-6886222 atau hotline WhatsApp 017-6828005.

Terdahulu, tular video berdurasi 36 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki mendakwa kedua-dua tayar belakang keretanya termasuk rim dicuri.

Lelaki itu turut meluahkan kekecewaan kerana perlu membayar RM150 sebulan untuk parkir, namun aspek pengawasan tidak dititikberatkan sehingga berlaku kecurian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini