comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Tayangan khas ‘A Mother’s Touch’, meraikan kasih dan pengorbanan ibu

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Ibu, Yayasan Jepun Kuala Lumpur bersama Media Prima Berhad (Media Prima) dan Golden Screen Cinemas (GSC) akan membawakan tayangan khas filem ‘A Mother’s Touch’.

Tayangan filem yang diadaptasi daripada kisah benar itu adalah sebahagian daripada acara ‘The Weekend Japanese Film Show’, bertempat di GSC Mid Valley pada 11 Mei 2024, waktu tayangan 10.30 pagi dan 1.30 petang.

Antara sedutan filem ‘A Mother’s Touch’

‘A Mother’s Touch’ merungkai perjalanan kisah hidup Fukushima Satoshi, profesor universiti yang buta dan pekak pertama di dunia, bersama ibu yang sentiasa menyokongnya.

Naratif filem ini menggarapkan nilai kasih sayang seorang ibu dan semangat tinggi seorang lelaki yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran pada usia muda.

Di tengah-tengah cabaran hidup, penemuannya tentang teknik ‘finger Braille’ membuka satu harapan baharu dalam dunia komunikasi, terutama kepada golongan itu.

Penerbit, Yuki Takafumi dan penulis skrip, Yokomaku Tomohiro turut tampil ketika sesi tayangan itu bagi berkongsi lebih mendalam mengenai filem berkenaan.

Antara sedutan filem ‘A Mother’s Touch’

Media Prima selaku rakan kerjasama mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk memenangi tiket tayangan khas filem menerusi peraduan seperti berikut;

1. Ikuti laman media sosial Instagram Tonton (@tontonmy)
2. Like dan share peraduan ini di IG Story dan tag @tontonmy
3. Tag seorang ibu atau tokoh ibu istimewa dalam hidup anda dalam komen dan kongsikan mengapa mereka layak untuk menikmati tontonan filem ini sempena Hari Ibu.

Tempoh Peraduan: 2 Mei – 7 Mei 2024

Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan di laman IG Tonton.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menghadiri sesi tayangan khas, filem ‘A Mother’s Touch’ boleh ditonton secara eksklusif dan HD menerusi Tonton bermula 12 Mei 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini