comscore
Tumpuan :
Nasional

Tawau Lokasi Strategik Cerap Gerhana Matahari Separa

TAWAU: Daerah Tawau akan menjadi lokasi strategik untuk melihat fenomena gerhana matahari separa yang dijadualkan 20 April tahun depan.

Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari berkata ia lokasi terbaik untuk  dengan kadar cerapan sebanyak 42.79 peratus.

Berbanding tempat lain terutamanya di Semenanjung Malaysia, kadar cerapannya hanya lima hingga 15 peratus.

 “Tarikh itu sebenarnya dalam bulan puasa waktu tengahari dan tawau adalah satu lokasi di pantai timur sabah yang paling strategik untuk melihat gerhana matahari separa. Sebenarnya gerhana matahari pada 2023 adalah gerhana matahari hybrid iaitu yang akan berlaku satu dunia ada gerhana penuh, gerhana anulus atau cincin yang pernah kita saksikan dahulu pada tahun 2019 dan di tawau adalah laluan yang paling akhir untuk melihat gerhana matahari separa dan tawau peratus litupan dia hampir 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Jelajah Astronomi PantaiTimur Sabah 2022 yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi SabahDatuk Yakub Khan Di Dewan Masyarakat Tawau hari ini.

Program yang diadakan bertujuan memupuk  kesedaran pembudayaan dan pengaplikasian Sains, Teknologi dan Inovasi itutelah berjaya mendapatkan penglibatan seramai 14 ribu orang.

Loading...
Terkini