KUALA LUMPUR: Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2025 akan diumumkan pada Isnin depan.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tawaran kemasukan tersebut adalah berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan 1 dan 4.
“Insya-Allah MARA akan berkongsi pautan untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan tawaran.
“Ya saya mendengar dan membaca semua komentar dan maklum balas ibu bapa dan orang ramai berkenaan dengan harapan supaya keputusan UKKM diumumkan lebih awal bagi memudahkan segala perancangan,” katanya dalam ruang komen di laman Facebooknya.
Permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2025 telah dibuka dari 6 Ogos hingga 6 September tahun lalu, diikuti dengan semakan panggilan UKKM pada Oktober.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.