comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Taufan Beryl: Rakyat Malaysia di Jamaica, negara berhampiran dinasihat berwaspada

 

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di Jamaica dan negara-negara berhampiran dinasihatkan untuk berwaspada dengan Taufan Beryl.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan, mereka juga diminta untuk mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang telah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba sedang memantau rapat pergerakan Taufan Beryl. Taufan tersebut (kini Kategori-4), yang sedang melalui Kepulauan Caribbean dijangka melanda Jamaica pada Rabu, 4 Julai 2024.

“Kedutaan Besar Malaysia di Havana turut berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di Jamaica dan negara-negara berhampiran termasuk Kepulauan Cayman, Cuba, Republik Dominica, Haiti, dan Kepulauan Turks & Caicos,” menurut kenyataan itu.

Justeru, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Havana di alamat No. 6612, 5th Avenue and 68 Street Miramar, Playa, Havana, Cuba.

Mereka juga boleh menghubungi di talian +53 7204 8883/ +53 7204 8884 atau menerusi e-mel di [email protected].

“Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250 kilometer sejam mengakibatkan dua maut di Venezuela manakala lebih 600 rumah rosak apabila Sungai Manzanares melimpah.

Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez turut dihempap pokok tumbang ketika beliau memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Taufan Beryl di negeri Sucre.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini