comscore
Tumpuan :
Nasional

Tasik Taiping kering kontang

Beberapa kawasan sekitar Taman Tasik Taiping kini kering kontang dengan dasar tasik merekah akibat cuaca panas. FOTO: NSTP

TAIPING: Biarpun dikenali sebagai ‘Bandar Hujan’ kerana menerima taburan hujan paling tinggi, namun bandar Taiping di sini, tidak terkecuali dari terkena tempias musim kemarau yang sedang berlaku ketika ini.

Difahamkan sudah lebih sebulan bandar Taiping tidak menerima hujan dan kejadian ini amat jarang berlaku.

Tinjauan mendapati, beberapa kawasan sekitar Taman Tasik Taiping kering kontang sehingga orang ramai boleh berjalan di dasar tasik itu.

Air tasik yang kering menyebabkan hidupan siput pun turut mati kekeringan apabila keadaan tanah dasar tasik itu turut merekah akibat keadaan semakin kering kontang.

Air tasik yang kering menyebabkan hidupan siput pun turut mati kekeringan

Pengunjung dari Kuala Kangsar, Zakri Yusoff, 60, mendakwa amat terkejut dengan kejadian itu yang selama ini belum pernah berlaku.

“Sejak dari saya kecil lagi, di sinilah tempat saya dan keluarga bersantai khusus pada waktu cuti sekolah.

” Walaupun saya bukanlah penduduk disini, namun sepanjang pengetahuan saya belum pernah lagi melihat Taman Tasik disini kering.

“Jadi bila dah lama tak datang, hari ni saya terkejut apabila mendapati airnya sudah susut lebih dari separuh sehingga menampakkan dasarnya dan boleh dilalui manusia,” katanya ditemui media.

Tambahnya bagi memastikan keadaan tasik ini terpelihara dia mencadangkan pihak berkaitan agar mengorek dan mendalamkan lagi Taman Tasik ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti air dapat dilakukan biarpun musim kemarau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini