comscore
Tumpuan :
Nasional

Tasik Seksyen 7 ditutup kepada orang awam pada waktu malam 

SHAH ALAM: Kawasan sekitar Taman Tasik Seksyen 7, di sini, ditutup sementara mulai malam ini bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.

Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan berkata, penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga 7 pagi dan akan dilaksanakan sehingga reptilia itu ditangkap.

“Ia membabitkan aktiviti rekreasi di sekitar tasik seperti berjoging. Aktiviti memancing juga dilarang sama sekali sehingga operasi menangkap buaya selesai.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling lebih sunyi ketika operasi, selain memastikan keselamatan orang awam di kawasan berkenaan.

“Gerai makanan masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa dan perlu ditamatkan pada 7 malam,” katanya, hari ini

MBSA turut menasihatkan pengunjung supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di kawasan tasik sehingga operasi selesai dijalankan.

Terdahulu, Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, hasil pemerhatian jabatan mendapati hanya ada seekor buaya di tasik berkenaan dipercayai buaya spesis tembaga dengan anggaran sepanjang 1.5 meter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini