comscore
Tumpuan :
Nasional

MAJALAH 3: Tasik Pedu saksi kesedihan dan kepayahan penduduk

PETALING JAYA: Penyusutan paras air Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah beberapa bulan lalu yang drastik mengakibatkan tinggalan sejarah penempatan penduduk termasuk kubur berusia ratusan tahun timbul kembali.

Kawasan perkuburan itu yang timbul setiap empat atau lima tahun sekali, memberi peluang kepada penduduk kampung asal untuk menziarahi tempat bersemadi leluhur serta mengimbau nostalgia lama.

Seorang penduduk asal Kampung Mong Gajah, Aisyah Abdullah atau Tok Aisyah berkongsi kesedihan melihat kampung yang merupakan tempat tinggalnya pada satu ketika dulunya kini hanya tinggal memori.

“Tok sedih. Tidak boleh duduk lama. Keluar air mata. Ingat- ingat semula umur 8 tahun kena pindah di Kampung Pinang. Ayah cakap kena pindah. Pindah habis… ayam, itik, kerbau lembu… semua tinggal,” katanya.

Pembinaan empangan lebih lima dekad ini bukan sahaja untuk kegunaan di negeri Kedah, malah juga dialirkan ke negeri-negeri berdekatan seperti Perlis, Pulau Pinang dan sebahagian negeri Perak.

Kisah Tok Aisyah bagaimanapun tidak senada dengan seorang pengusaha agro-pelancongan, Amir Wahab yang menyifatkan empangan itu kelihatan cantik dengan air yang kehijauan pada kebiasaannya, namun bila surut, ia kelihatan seperti lombong.

“Ia sebenarnya mempengaruhi juga kita punya pelanggan sebab bila kita buat promosi, kita masukkan gambar-gambar yang hijau-hijau. Tapi bila datang, macam lombong,” ujarnya yang kini sedang berusaha melewati cabaran kerugian.

Bagi yang terlepas menonton kisah ‘Empangan Kontang Pedu’ dalam Majalah 3, boleh langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini