Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
HULU TERENGGANU: Keindahan Tasik Kenyir di Terengganu yang dikelilingi hutan hujan tropika tertua di dunia menjadikan ia pilihan pelancong yang meminati kepada flora dan fauna.
Selain itu, pelbagai tarikan lain yang diwujudkan sebelum ini juga telah menjadikan Tasik Kenyir lokasi percutian keluarga yang ideal.
Selain aktiviti lasak dan alam sekitar, taman rama-rama dan taman burung juga antara tarikan yang ada.
Namun, ia terbiar sejak 2012 dan menjejaskan tarikan ke tasik buatan manusia seluas 38,000 hektar ini.
Tinjauan di pulau burung tropika ini yang dahulunya merupakan habitat kepada 153 pelbagai spesies.
Kini yang ada hanya bingkai gambar dan struktur usang yang kelihatan.
Sejak ia ditutup, pendapatan pengusaha bot laju terjejas.
Menurut Pengerusi Persatuan Bot Laju Mohd Mokhtar Abdul Rahman, sejak pulau itu ditutup perniagaannya terjejas kerana kedua-dua pulau tersebut antara produk pelancongan yang gemar dikunjungi pelancong.
“Saya gesa kerajaan prihatin untuk jangka masa Panjang, hidupkan balik promosi Tasik Kenyir.
“Kita cukup sedih kerana pelancong yang datang ke Tasik Kenyir ini kurang tempat untuk dilawati,” katanya.
Begitu juga pulau rama-rama yang pernah menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu spesis haiwan berkenaan.
Kini, masih tiada khabar apa perancangan seterusnya untuk kawasan yang menjadi tempat pembiakan spesis rama-rama yang unik dan jarang ditemui ini.
Justeru, selain promosi yang berterusan, pemain industri turut menggesa tindakan pro-aktif pihak berwajib untuk menaik taraf taman-taman berkenaan termasuk kemudahan lain.
Ia juga dilihat seiring dengan persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.