comscore
Tumpuan :
Nasional

Tarik pelabur, Anwar jumpa pengurusan Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengurusan Google

NEW YORK : Usaha untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan Perdana Menteri pada Khamis dengan mengadakan pertemuan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers.

Perbincangan ini turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Kadir serta wakil agensi dari MIDA dan Matrade.

Datuk Seri Anwar berkata semua syarikat berkenaan turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.

“Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara” kata Anwar

Anwar juga mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Professor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengurusan Boeing.

“Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kami bertukar-tukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya di dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar” kata Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Professor Joseph Stiglitz.

“Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan. Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan, demi bina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan”.

Anwar berkata idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini