comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tapir Zoo Johor ditemui berkeliaran di jalan raya awal pagi tadi

 

JOHOR BAHRU: Seekor tapir terlepas dari Zoo Johor sebelum ditemui berkeliaran di Jalan Gertak Merah menuju pusat bandar raya ini, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang membuat rondaan Ops Prihatin, sebelum terserempak dengan tapir yang sedang berlari ke pusat bandar.

Jurucakap APM berkata, anggota berkenaan kemudian menghubungi PERHILITAN bagi melakukan operasi penyelamatan bersama.

“Insiden berkenaan berlaku sebelum sahur ketika anggota APM sedang membuat rondaan mengesan gelandangan untuk Ops Prihatin melalui laluan berkenaan.

“Apabila ternampak kelibat seekor tapir yang sedang berlari menuju pusat bandar, anggota segera menghubungi PERHILITAN bagi tujuan penyelamatan selain mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Tapir berkenaan terlepas dari Zoo Johor yang terletak tidak jauh daripada lokasi ditemui.

“Anggota PERHILITAN dan APM akhirnya berjaya menangkap tapir berkenaan sebelum memindahkan semula ke Zoo Johor kira-kira jam 4 pagi, selepas kira-kira 40 minit ia melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video seekor tapir yang berlari ke arah pusat bandaraya ini tular di media sosial sejak pagi tadi.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan anggota PERHILITAN dan APM yang dilihat mengejar tapir berkenaan bagi menyelamatkannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini