Seekor tapir jantan anggaran berat 300 kilogram ditemui mati di Jalan Bukit Aping – Kangar Papan, Kota Tinggi, Johor, dipercayai dilanggar sebuah kenderaan.
PERHILITAN Johor dalam kenyataan memaklumkan, haiwan berkenaan yang dipercayai keluar dari habitatnya di Hutan Simpan Seluyut untuk mencari makanan dan melintasi jalan Ke Felda Bukit Hawa.
Bangkai haiwan berkenaan di bawa ke Pejabat PERHILITAN Bandar Penawar untuk dilupuskan.
Untuk rekod, kejadian ‘roadkill’ berkenaan adalah yang ketiga membabitkan tapir di Johor pada tahun ini.