RANTAU PANJANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menyelamatkan tapir yang terjatuh di dalam longkang di Kampung Padang Bukit, Lubok Stol, di sini, semalam.
Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 1 tengah hari, sebelum anggota PERHILITAN daerah Kota Bharu terus ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi menyelamat kemudian dilakukan dengan dibantu beberapa anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
“Pemeriksaan dijalankan dan haiwan berkenaan dalam keadaan yang stabil sebelum dipindahkan ke habitat yang sesuai pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.