Tumpuan :
Nasional

Tapir jantan jatuh dalam tali air berjaya diselamatkan

FOTO: NSTP

SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menyelamatkan seekor tapir jantan seberat 220 kilogram yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jelapang, di sini, hari ini.

Pengarahnya Loo Kean Seong berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itukira-kira jam 8.10 pagi.

Katanya, tapir itu ditangkap menggunakan tembakan pelali.

“Haiwan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam perangkap sebelum dipindahkan.

FOTO: NSTP

“Selepas itu kita lepaskan kembali ke habitat asal pada hari yang sama bagi kelangsungan hidup,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Seorang penduduk Wan ZahharWan Zakaria, 26, berkata ini kali pertama dia terjumpa haiwan berkenaan di kawasan itu.

“Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah mertua di kampung yang sama dengan menggunakan laluan ini.

“Saya tiba-tiba nampak seekor tapir tersesat dan terperangkap tidak boleh keluar selepas terjatuh dalam tali air.

“Bila tengok keadaannya yang sedemikian saya cuba halau agar ia dapat keluar tetapi gagal sebelum saya meminta rakan sekampung hubungi pihak Perhilitan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini