Tumpuan :
Nasional

Tanyalah dulu, jangan marah melulu – PM

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya termaktub kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi murid bukan Islam untuk mempelajarinya.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila pelaksanaannya menimbulkan kekeliruan dan bantahan beberapa pihak.

“Mata pelajaran ini untuk anak-anak Islam dalam pengajaran Pendidikan Islam. Tanyalah dulu. Jangan marah dahulu. Saya harap mesej ini difahami,” katanya ketika berucap merasmikan Program Lestari Niaga @ Kuala Lumpur D’Medan Selera MADANI, kompleks Tun Sambantan, di ibu negara.

Kata Datuk Seri Anwar lagi sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawabnya memastikan masyarakat umumnya mempunyai pemahaman yang betul terhadap Islam.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lalu melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Kontroversi tercetus apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois membantah hasrat tersebut dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta hak kebebasan beragama.

Isu itu reda selepas KPM menjelaskan modul itu hanya akan diajar kepada murid-murid Islam.

Loading...
Terkini