Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa
GOMBAK: Seorang pemandu lori tangki minyak nyaris maut apabila kenderaan berat yang dipandunya itu hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 28, Lebuh Raya Karak, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, brek lori tangki yang berisi minyak sawit terbabit mengalami masalah dan gagal berfungsi.
Hasil siasatan awal yang dijalankan, kemalangan berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.
“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 41 tahun.
Seorang pemandu lori tangki minyak nyaris maut apabila kenderaan berat yang dipandunya itu hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 28, Lebuh Raya Karak, awal pagi tadi.
Sumber video tular pic.twitter.com/k5JG54cCXF
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 25, 2024
“Mangsa memandu lori tangki seorang diri dari Kelantan ke Pelabuhan Klang membawa muatan minyak sawit.” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular di media sosial video papan pemuka dari sebuah kenderaan lain yang memaparkan sebuah lori tangki minyak hilang kawalan dan terbalik di Lebuh Raya Karak.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.