comscore
Tumpuan :
Nasional

Tangguh jatuh hukum kes bunuh babit lima sekawan

:Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menangguhkan ketetapan menjatuhkan hukuman bagi keputusan di akhir kes pembelaan terhadap lima sekawan termasuk dua beradik atas pertuduhan membunuh pada 2018 ke tarikh 22 Mac. – FOTO : NSTP

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh menangguhkan keputusan terhadap lima sekawan termasuk dua beradik atas pertuduhan membunuh pada 2018 ke tarikh 22 Mac ini, pada akhir kes pembelaan hari ini.

Hukuman sepatutnya dijatuhkan Pesuruhjaya Hakim, Su Tiang hari ini ke atas dua beradik, C Kartik Krishnan, 24, dan abangnya, C Sathis, 29, selain tiga lagi tertuduh iaitu J Jaya Ganesh, 25; A Arjun, 26; dan V Sivabalan, 24.

Peguam Charan Singh memberitahu mahkamah beliau mendapat arahan daripada anak guamnya bagi membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara supaya segala keterangan digunakan bagi kes itu dikaji semula.

Tiada bantahan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said terhadap permohonan pembelaan itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa secara dan mencapai niat bersama membunuh Chung Thian Keong, 54, di tepi sungai berhampiran Kampung Baru Chenderong, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah antara jam 7 petang pada 17 Mei 2018 hingga kira-kira 7 pagi hari berikutnya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.-Berita Harian

Loading...
Terkini