comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah Runtuh: Tanah terjejas milik pemaju, punca gelinciran akan dikenal pasti JMG – MPAJ

Oleh: Fareez Azman

AMPANG: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan kawasan runtuhan di lereng bukit di Jalan G2 – Jalan Serdang dan Jalan E6 di Taman Melawati di sini adalah milik pemaju.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media hari ini.

“Pihak MPAJ telah menerima laporan mengenai kejadian gelinciran tanah yang berlaku di Jalan G2 – Jalan Serdang dan Jalan E6, Taman Melawati pada 15 Oktober 2024 sekitar pukul 11 pagi.

“Kejadian melibatkan cerun dengan anggaran ketinggian 20 meter dan lebar 20 meter.

“Hasil semakan mendapati tanah yang terjejas dengan hakisan tersebut adalah milik pemaju dan punca gelinciran akan dikenal pasti oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG),” jelas MPAJ.

Pemerhatian Buletin TV3 di lokasi kejadian mendapati, kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan melibatkan kakitangan MPAJ masih dijalankan sehingga petang tadi.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seramai 33 orang penduduk daripada 11 keluarga diminta mengosongkan kediaman mereka di Jalan E6 di sini selepas lereng bukit berhampiran runtuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini