comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh: MBSJ pasang cerucuk elak pergerakan tanah  

FOTO: Majlis Bandaraya Subang Jaya / Facebook

SERDANG: Kerja-kerja awalan menanam cerucuk dilakukan serta-merta di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Puchong sebagai langkah penyelesaian sementara bagi mengelak pergerakan tanah.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam satu kenyataan berkata, Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim telah mengarahkan agar tindakan segera dan jangka panjang diambil iaitu menutup sementara kawasan runtuhan dengan kanvas.

FOTO: Majlis Bandaraya Subang Jaya / Facebook

“Beliau turut meminta kerja-kerja pengukuhan tebing dilaksanakan menggunakan kaedah ‘sheet pilling’ sepanjang 150 meter.

“Selain itu, siasatan dan kajian tanah dilaksanakan segera untuk menentukan reka bentuk pembinaan semula tebing runtuhan,” katanya di Facebook, hari ini.

FOTO: Majlis Bandaraya Subang Jaya / Facebook

Susulan kejadian jam 7.26 malam tadi, 29 penghuni daripada sembilan rumah berhampiran kawasan runtuhan diarah mengosongkan rumah untuk sementara waktu.

Kejadian turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

MBSJ berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna MBSJ, Laman Puteri 3  dibuka  bagi menempatkan lapan keluarga yang terjejas akibat kejadian itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini