comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah Runtuh: ‘Laluan air di longkang lokasi runtuhan tersumbat batu, kayu’- Bomba

Oleh: Fareez Azman

AMPANG: Laluan air di longkang lokasi tanah runtuh di Jalan E6 dan G2 di Taman Melawati di sini didapati dipenuhi batu dan kayu pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Shahrin Yusmar Mat Yusof, anggotanya telah bertindak memancur air bagi melancarkan laluan air di longkang berkenaan.

“Itu adalah tindakan awal mengurangkan impak hakisan tanah berlaku, dimana kita kenal pasti laluan air di dalam longkang itu tersumbat dengan batu-batu dan kayu-kayu.

“Ia menyebabkan pergerakan tanah berlaku, jadi bila kita cuci laluan air itu, pada masa sama kita telah melencongkan air yang datang.

“Kita berjaya mengurangkan beban pada longkang yang sedia runtuh,” katanya.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan masih dijalankan.

Bagaimanapun cuaca kembali buruk apabila hujan lebat di kawasan kejadian ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini