Oleh: Kumaran Rajamoney
CAMERON HIGHLANDS: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Tapah – Cameron Highlands di sini.
Saksi kejadian, Logeswaran Sangoo berkata kejadian berlaku kira-kira 3.45 petang ketika lori yang dipandunya tiba di selekoh berhampiran lokasi kejadian.
Tinjauan Buletin TV3 mendapati kejadian mengakibatkan dua buah kereta mengalami kemalangan akibat dari tindakan kenderaan jenis Honda City berhenti secara mengejut bagi mengelak tanah runtuh.
Seorang penunggang motosikal juga dilaporkan terperangkap dibawah timbunan pokok yang tumbang bersama runtuhan, namun berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Tinjauan juga mendapati berlaku pergerakan air yang deras menuruni kawasan runtuhan.
Kejadian mengakibatkan kesesakan di kedua-dua arah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.