comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh halang laluan ke Cameron Highland, tiada kemalangan jiwa

FOTO: Ihsan ADUN Tanah Rata/ Facebook

IPOH: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Gunung Brinchang, yang menyekat laluan Sungai Burung, Brinchang, Cameron Highlands, hari ini hingga menyebabkan sebahagian laluan jalan raya terhalang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian sekitar jam 11 pagi itu dan berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan.

Menurutnya, insiden di KM 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market itu menyebabkan laluan terhalang oleh tanah yang runtuh, pokok, dan beberapa tiang elektrik yang tumbang.

Katanya, kejadian itu menyebabkan sebuah kenderaan yang sedang diparkir berhampiran kawasan itu rosak kerana terhempap tiang elektrik yang tumbang

“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangam jiwa berlaku, dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, difahamkan, insiden runtuhan tanah itu berlaku berdekatan kawasan sebuah projek yang diusahakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Sungai Burung, Brinchang, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ia difahamkan membabitkan projek kerja-kerja menolak tanah menggunakan jentolak bagi pembangunan pasar tani kekal.

Runtuhan tanah beserta sisa kayu yang merentangi sebahagian laluan jalan raya turut difahamkan menimbus sebuah kereta jenis Perodua Myvi namun tidak membabitkan sebarang kematian mahupun kecederaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang menerusi hantaran di Facebook (FB) berkata, runtuhan kecil itu berlaku di Jalan Besar Brinchang-Kea Farm pada jam 11 pagi tadi, dengan sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan mengalami kerosakan akibat daripada tiang elektrik tumbang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini