comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh di Bukit Beruntung, MPHS akan tutup laluan

Pihak berkuasa memeriksa lokasi tanah runtuh di Jalan Kemboja 3, Bukit Beruntung, kelmarin. Foto Ihsan MPHS

HULU SELANGOR: Gerak kerja diaturkan untuk menyegerakan kerja, susulan insiden tanah runtuh di kawasan perumahan Jalan Kemboja 3, Bukit Beruntung, di sini, kelmarin.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Julaihah Jamaludin berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan tindakan kerja kecemasan dilaksanakan di lokasi kejadian.

“Terdahulu insiden itu dilaporkan pihak berkuasa yang mendapat panggilan daripada penduduk taman perumahan berkenaan kejadian itu sekitar jam 11 malam.

“MPHS melalui Unit Pantas dan Unit Cerun digerakkan untuk menyiasat keadaan semasa di lokasi kejadian,” katanya, di sini, hari ini.

Julaihah berkata, siasatan menjurus kepada tahap risiko kejadian runtuhan tanah yang boleh mengganggu dan menyebabkan situasi berbahaya kepada orang awam.

“Jarak runtuhan tanah sepanjang 40 meter dan berada tujuh meter daripada rumah orang awam.

“Siasatan juga mendapati masih terdapat runtuhan kecil tanah di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, tindakan awal MPHS adalah menutup laluan lorong belakang rumah daripada orang awam.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terdapat sebuah banglo yang berisiko sekiranya tidak diadakan kerja pembaikan

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini