comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah runtuh: Bomba pantau, bekerjasama dengan agensi teknikal

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memantau rapat serta bekerjasama dengan pihak berkaitan susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan perumahan Jalan E6, Taman Melawati, Selangor, pagi tadi.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ketika ini, tindakan pihaknya adalah untuk memastikan tiada mangsa terperangkap.

“Kita akan duduk sekali dengan pihak teknikal yang berkaitan antaranya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan untuk melihat situasi cerun berkenaan.

“Buat masa ini, kita akan tengok keadaan dalam peringkat penstabilan. Bukan penstabilan struktur tapi kita (JBPM) melihat penstabilan situasi supaya jangan ada mangsa yang terperangkap dan pastikan semua penghuni dikeluarkan,” katanya.

Jelas beliau, tindakan seterusnya akan diputuskan selepas penilaian akhir oleh JMG dan JKR.

Nor Hisham mewakili JBPM menerima 30 kenderaan rasmi daripada Proton yang akan digunakan sempena International Fire Conference And Exhibition Malaysia (IFCEM) 2024, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi tadi, berlaku tanah runtuh di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati akibat hujan lebat menyebabkan 20 rumah teres terputus hubungan dengan laluan utama.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam mengarahkan penghuni rumah terbabit untuk mengosongkan kediaman masing-masing dan diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati buat masa ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula dilaporkan berkata, kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2 di taman tersebut yang tersumbat dikenal pasti sebagai punca kejadian.

Terdahulu, Nor Hisham mewakili JBPM menerima 30 kenderaan rasmi daripada Proton yang akan digunakan sempena International Fire Conference And Exhibition Malaysia (IFCEM) 2024, di sini hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Naib Presiden, Modal Insan dan Pentadbir Proton, Amran Mohd Tomin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini