HULU SELANGOR : Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Terdahulu, media melaporkan, runtuhan berlaku di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Genting Highlands, awal pagi ini.
Maklumat awal pihak polis, terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu, yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.
Dalam pada itu, bomba melaporkan 37 individu berjaya diselamatkan. – BERNAMA