KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Kuala Krai kekal merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya, hari ini.
“Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.
Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.