KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang benam yang berlaku berhampiran Masjid India, di sini hari ini.
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi tadi ketika mangsa sedang bersiar-siar di kawasan itu bersama keluarganya sebelum tiba-tiba berlaku mendapan tanah sehingga menyebabkan berlakunya lubang benam itu.
Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang benam yang berlaku berhampiran Masjid India, hari ini. pic.twitter.com/dQAMKSIxY5
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 23, 2024
Berdasarkan maklumat awal, lubang berkenaan dianggarkan sedalam 10 meter.
Tinjauan mendapati operasi dua jentera bomba sudah berada di lokasi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.
Turut kelihatan sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Air Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berada di lokasi bagi memantau operasi menyelamat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.