Oleh: Juliana Sharin
PETALING JAYA: Satu mendapan tanah dikesan berlaku berhampiran laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Sepang pagi tadi.
Kejadian dipercayai berpunca dari kebocoran paip kumbahan milik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu telah menyebabkan mendapan dengan kedalaman satu meter terbentuk.
Setakat ini hanya kawasan sekitar mendapan ditutup manakala laluan untuk kenderaan tidak terjejas.
Laporan terperinci dijangka dikeluar pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) setelah siasatan selesai dilakukan.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Lokasi adalah diluar had senggaraan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.