KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun, hari ini.
Berita pemergiannya disahkan oleh firma pelaburan yang diterajui Ananda, Usaha Tegas Sdn Bhd.
Kenyataan itu turut menzahirkan rasa sedih yang mendalam, dan menekankan sumbangan besar Ananda dalam pembinaan negara, dan dunia korporat yang telah memberi impak positif kepada negara.
April lalu, Forbes menyenaraikan Ananda sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$5.1 bilion, selepas Robert Kuok dan Quek Leng Chan.
Ananda adalah pengasas pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran gergasi, Astro Malaysia Holdings Bhd.
Beliau juga memegang saham yang signifikan dalam penyedia perkhidmatan minyak, Bumi Armada Bhd melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.