JOHOR BAHRU: Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan 4×4 dalam Hutan Simpan Kekal di seluruh Johor akan ditutup kepada orang awam mulai esok.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman, berkata penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku pada musim tengkujuh.
Penutupan itu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
“Taman eko, trek pendakian dan laluan kenderaan 4×4 dalam hutan simpan seluruh negeri ini akan ditutup bermula esok kepada pengunjung.
“Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian buruk ketika musim hujan atau tengkujuh.
“Sebarang pelanggaran terhadap arahan itu akan diambil tindakan dibawah Enakman Perhutanan Negara (pemakaian)1985 negeri Johor,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Salim berkata, notis penutupan itu dimaklumkan di laman sosial rasmi jabatan – BERITA HARIAN.