Tumpuan :
Nasional

Taman Eco-Rimba Gunung Pulai 1 & 2 paling awal ditutup susulan perubahan monsun di Johor

JOHOR BAHRU: Jabatan Perhutanan Johor mengumumkan penutupan taman Eco-Rimba Gunung Pulai satu dan Eco-Rimba Gunung Pulai 2 berkuatkuasa hari ini, hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengarahnya, Datuk Salim Aman berkata, keputusan untuk dibuat susulan perubahan monsun timur laut yang menyaksikan taburan hujan melebihi kadar biasa bermula bulan ini hingga Mac 2024.

Katanya, semua taman Eco-Rimba lain akan ditutup secara berperingkat bermula 1 Disember depan, bergantung kepada keadaan cuaca.

Johor antara negeri yang mempunyai banyak taman Eco-Rimba yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti mendaki selain taman negeri yang terletak dalam kawasan hutan simpan kekal (HSK)

Begitupun bagi aktiviti pendakian dan laluan sukan lasak serta aktiviti di dalam HSK, orang ramai perlu memohon permit memasuki hutan simpan di Pejabat Hutan yang berkaitan.

Antara Taman Eko Rimba yang popular adalah Sungai Bantang dan Taka Merloh di Labis; Gunung Belumut di Kluang; Soga Perdana di Batu Pahat; Panti di Kota Tinggi dan Gunung Arong di Mersing.

Taman Eco-Rumba Gunung Arong dan Gunung Janing di Mersing; Gunung Chemendong, Gunung Gua Rimau dan Gunung Belumut di Kluang; Gunung Sumalayang, Gunung Muntahak, Gunung Panti Timur, Gunung Panti Barat, Batu Tenggek dan Pelepah Kiri di Bukit Sisek di Kota Tinggi.

Loading...
Terkini