RAWANG: Gara-gara takut ditahan, seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditemui maut dipercayai bersembunyi di dalam mesin pengadun gentian atau mesin mixer fiber di sebuah premis di, Rawang Industri Estate.Kejadian berlaku ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.27 pagi ini.
Menurutnya, seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan le lokasi.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta bantuan untuk mengeluarkan lelaki Bangladesh berusia 30-an tidak sedarkan diri di dalam mesin itudipercayai bersembunyi daripada operasi JIM.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM sebelum bomba tiba.”Mayat kemudian dibawa keluar diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.