comscore
Tumpuan :
Nasional

Tak senang duduk kerana hakisan tanah  

KOTA BHARU: Hakisan tanah mengakibatkan penduduk di Taman Baiduri Kampung Kubang Keranji Pasir Tumboh dekat Kota Bharu tak senang duduk.

Dakwa penduduk hakisan itu sudah berlarutan selama seminggu.

Hasil pemerhatian di lokasi mendapati hakisan tanah semakin teruk sehingga sebahagian laluan utama runtuh.

Penduduk Ahmad Khairi Mohammad Hasan berkata hakisan kali kedua yang berlaku kelmarin mengakibatkan laluan utama bersebelahan Sungai Pengkalan Datu runtuh.

Hakisan tanah di kawasan ini didakwa mula berlaku pada tahun 2017 dan ia sudah dibaik pulih oleh pihak berwajib pada 2018 selepas runtuhan besar berlaku pada tahun itu.

Namun tahun ini runtuhan tanah dikatakan lebih teruk berikutan hujan lebat berterusan dan lebih membimbangkan jarak antara kediaman penduduk dan kawasan runtuhan hanya lima meter.

“Cuma apa yang merisaukan saya lagi apabila berlaku banjir sebab sekarang ni belum banjir lagi bila banjir air sungai akan naik dan air sungai tu akan menghakis pulok tebing hok tu paling merisaukan saya jadi saya merayulah terutamanya pihak kerajaan negeri pihak JPS pihak kementerian yang berkaitan untuk untuk mengambil langkah segera” katanya

Seorang lagi penduduk Laila Kartini Yaakob mengakui sejak hakisan tanah berlaku lagi dia hidup dalam ketakutan.

“Kami ni nok tidur male pun tok lena ni nok keluar masuk bimbe sayo ni sebab sayo ni lalu kea kito takut mace crack tu terus ke bawah ke bawah tanah tu kea maksudnya kita berisiko sebab kedudukan rumah kita tu hampir dengan jalan jadi risikonya tinggi” katanya kepada Buletin TV3.

Masalah yang membelenggu penduduk ini telah disuarakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Baiduri yang berharap langkah drastik diambil bagi mengelakkan kerugian harta benda.

“Saya berharap agensi-agensi yang berkaitan bantu penduduk di Taman Baiduri khususnya ini untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh ni lah tanah mendap” katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan Kamal Mustapha berkata pihaknya sudah mendapat aduan daripada penduduk berhubung masalah berkenaan dan telah turun padang membuat pemantauan di lokasi terbabit.

Pihaknya kini sedang menyiapkan laporan dan permohonan peruntukan dari ibu pejabat serta kerajaan negeri untuk kerja membaiki.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini