KUALA LUMPUR: Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencatatkan bidaan tertinggi sebanyak RM131,000, setakat jam 9.33 pagi tadi.
Perkara itu diumumkan menerusi kemas kini di ruangan komen pada hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.
“Makluman terkini, (Jam 0933, 31/10/23). Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM 131,000.00,” katanya.
Dr Zulkifli membuka bidaan jam 10.20 pagi semalam bermula harga bukaan RM40,000.
Jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu antara jam kesayangannya yang dilepaskan demi disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.
Bidaan dilakukan itu akan ditutup jam 12 tengah malam ini.